Sunday, September 16, 2007

Lembu Samiri....
Kali nie aku sambung balik cite yang hari tu masa g Sinai....Baru la berkesempatan nak sambung...
Pas turun dari gunung Sinai masa tu dah tengah hari jugak la...di sana kalau musim panas tu kadang2 tak rasa panas mungkin sebab kawasan gunung ganang jadi sejuk la rasa. Dibawak pulak ke satu kawasan di sebalik gunung tu tengok dari jauh tak perasan sangat bila dah dekat baru nampak jelas. Gambaran di satu lereng gunung (takde la tinggi sangat) seekor lembu batu yang memang jelas....Subhanallah...Senior kami pun menceritakan tentang kisah masa di zaman Nabi Musa tu ada kisah tentang lembu si Samiri. Nak diceritakan panjang nantilah ye...Aku dan kengkawan panjat ke lereng gunung / bukit tu untuk bergambar dengan lebih jelas lagi....Ha, tak caya tengoklah....

Korang nampak kan....? Ha, banyak lagi peristiwa2 bersejarah yang ada di Ardhul Kinanah ni...Aku pun tak sempat nak jelajah semua mana yang berkesempatan pegi tu aku pegi...

Lepas tu kami masing2 diberi makan tengah hari yang dimasak oleh tukang masak yang diterbangkan khas dari Kaherah...heheh memang ada tukang masak budak Malizi yang uruskan pasal makanan semasa rombongan ni...Lepas makan siap solat semua kami meneruskan lagi perjalanan di lereng gunung untuk melihat lagi tinggalan sejarah para Nabi...

Mata Air 12

Disebalik bukit yang lain pulak, ni ikut jalan lain lebih kurang kalau perjalanan jalan kaki tu mungkin dalam 20 minit..jalan semuanya dah elok bukan macam zaman dulu cuma berbatu2 je...jalan tu di pinggir sungai (dulu) sekarang ni dah kering. Takde lagi sungai kat sepanjang jalan tu. Sampai di satu tempat kami berhenti sejenak dan mengamati betul2 rupanya di situlah yang dinamakan mata air 12 masa zaman Nabi Musa dahulu. Sekarang ni takde dah air mata air tu keluar dari lubang tu..Cuma nampak kesan jelah ada 12 lubang tempat mata air tu keluar dari celah2 batu. Dari atas sampai la ke bawah seterusnya....Jap tengok ada tak lagi gambarnya...boleh gak korang tengok. Cite je tapi tak tengok visual nya tak best gak kan....

nielah mata air 12 yang sekarang ni kesan tinggalan saja, airnya dah tiada

Di tepi tebing sungai yang dah kering tu lak, ada satu pohon. Bukan nya pokok durian ke, pokok manggis ke, pokok rambutan ke atau pokok langsat, tapi pokok bunga sakura...Ha....bukan ke pokok sakura hanya banyak terdapat di Jepun je...tapi kat Sinai ni pun ada.Putih je daunnya...ada 2 rasanya pokok tu kat situ...Tak dapat gi Jepun pun dapat tengok pokok sakura tu kan...heheheh Sori gambar takde tak ingat letak mana...

I think i better stop at here for a while...dah banyak cite untuk satu post ni kang boring lak...Ada masa aku sambung lai...Tunggu......

Sahur.....

Teringat kisah dulu2 kenangan tu....Kat sini (Mesir) pun kalau tadarus sekarang ni kadang2 sorang2 kadang2 berdua tengok keadaan. Waktu keje di pejabat sempat amik masa 10 ke 15 minit baca Quran. Kalau kat umah lepas solat maghrib aku baca sampai masuk waktu isyak pas tu terawih....

Masa di Humaira' bangun pagi kul 4 pagi, siapkan sahur sebab tu pun ada giliran. Kalau giliran aku dah bangun aku siapkan sahur, diorang bangun aku pun amik masa 5 ke 10 minit solat sunat pas tu barulah aku sahur....Kalau kat sana waktu sahur mesti ada ammu tolong kejutkan....caranya dengan mengetuk tin...."tong....tong....tong...."dia jalan dari rumah ke rumah....Indah pengalaman tu...Masak pun yang simple2 je buat ayam goreng, sayur dan telo goreng cukuplah...Air pulak teh kosong je...Janji bleh buat alas perut di siang hari....

Pas sahur solat subuh sambung tido balik. Bangun dalam kul 7 sebab ada kuliah pagi. Kalau tak pun kadang2 ada program kat Markaz....
Itulah cite bersahur yang memang tidak dapat dilupakan sampai bila2.......

Waktu berbuka ha...masa ni baru best...Barulah masak yang dasyat2 punya...hehehehh ayam masak merah, kadang2 nasi tomato, mee goreng ke, kuih kalau rajin la....macam2 la...kat sana mana ada bazar ramadhan macam kat sini...boleh beli macam2 juadah....takde nyer.
Solat Terawih

Malam tadi aku sempat tengok siaran langsung sembahyang Terawih di Mekah...Subhanallah ramai betul umat manusia yang menunaikannya...Alangkah indahnya kalau dalam ramai-ramai tu, aku pun terselit sama....Bila agaknya ye dapat aku jejakkan kaki ke sana...Insyallah satu hari nanti aku akan tiba juga....

Sebut pasal solat Terawih masa dulu kat Mesir, kitorang muslimat jarang dibenarkan g solat di masjid kerana waktu malam kalau nak kuar tu kena ada ustaz yang temankan...Aku cuma dapat g solat Terawih kat masjid dua kali je masa tu tak ingat ustaz mana ntah yang temankan...Kitorang minta tolong sebab teringin sangat nak rasa solat Terawih kat masjid masa tu...

Yang selebihnya kami banyak buat solat Terawih sendiri di rumah. Biasanya dah buat jadual sebab dekat imarah aku tu ada 3 buah rumah Malizi, jadi bahagi2 la...malam ni giliran rumah ni, malam esok giliran rumah tu...Tapi memang best. Lepas solat more same2....

Saturday, September 15, 2007

Musim sibuk.....

Musim sibuk baru bermula....Tu yang bila berkesempatan untuk create new post tu aku amik peluang secukupnya....Program Korban & Aqiqah dah pun bermula, jadi sekarang ni dah masuk waktu sibuk la bagi aku....

Setiap hari kena balik lambat walaupun bulan puase, tapi setakat ni takde lagi la yang kena berbuka kat opis....paling lambat pun masih sempat la buka kat umah....Tapi aku bersyukur sangat sebab sekurang-kurang nya masih ada keje biarlah sesibuk mana...ada gak yang ngadu kat aku kata bosanlah takde keje....takpe yang penting ikhlaskan diri untuk melakukan sesuatu kerja. Itu kan satu ibadat jugak!

Terima kasih pada kengkawan yang banyak membantu meringankan beban keje aku kat opis tu...tanpa korang sapelah aku....hehehe macam artis lak......
Ramadhan Al Mubarak

Puasa datang lagi. Setiap tahun, bulan inila yang paling ditunggu-tunggu.Yelah...biasanya waktu bulan ni la ramai orang berlumba-lumba menambah melakukan kebaikan, menambah amalan, bukan bermaksud masa bulan-bulan lain tak buat, tapi kureng la...Aku pun sama jugak tak ketinggalan.

Sebelum-sebelum ini masa bukan bulan ramadhan amalan tu kurang sikit jadi waktu bulan puasa ni lah aku tambahkan lagi amalan kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang paling berkat antara semua bulan...

Time macam ni, aku paling gemar tengok citer yang ditayangkan di tv. Macam contoh sekarang ini ada channel baru (Astro), channel 8 Astro Oasis. Kalau waktu tayangan kul 7 sementara nak tunggu berbuka tu, aku mesti tengok rancangan Trek Global...dapat tambah ilmu sebab rancangan tu membawa kita ke tempat-tempat bersejarah....tau tentang orang-orang yang banyak berjasa ataupun pahlawan gemilang la...sekarang ni setiap hari aku tengok...macam hari semalam diorang berada di Lubenan, Beirut, pas tu ari ni diorang berada di Syria. Sekurang-kurang nya kita yang tak dapat g tempat-tempat tu bila tengok rancangan ni seolah-olah kita pun pegi sama....dapat sama-sama merasai perjalanan diorang tu...

kalau sebelum-sebelum ni biasa tengok kat TV3, jejak rasul....baguslah diorang buat rancangan macam tu....rugila sape tak tengok......

Jadi marilah kita berlumba-lumba menambahkan amal ibadat kita, bukannya berlumba-lumba membeli juadah di bazar ramadhan...heheheh....

Selamat berpuasa kepada semua!
BERPUASA

"Wahai orang-orang Mukmin, puasa Ramadhan telah diwajibkan kepadamu seperti yang telah diwajibkan bagi orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa."

Puasa merupakan suatu amalan dan ibadah yang dituntut oleh Allah kepada semua hambaNya yang beragama Islam. Ibadah berpuasa ini adalah suatu ibadah yang berhubungan terus dengan Allah SWT kerana Allah memberi keistimewaan pahala kepada orang-orang yang berpuasa dengan ikhlas.

Nabi SAW bersabda "Ketika tiba hari Kiamat, tampaklah suatu jamaah yang melayang-layang, terbang dengan sayapnya seperti burung di atas pagar-pagar Syurga. Lalu malaikat penjaga Syurga bertanya, "Siapakah kalian?" Mereka menjawab, "Kami adalah orang-orang dari umat Muhammad. "Bagaimana hisab kalian?, tanya malaikat lagi. Jawab mereka "Ketika hidup di dunia kami beramal taat dan beribadah kepada Allah dengan penuh rahsia, sehinggakan tidak dihisab dan juga tidak melalui titian siratal mustaqim...."

Ingatlah kita bahawa sesungguhnya jika kita ikhlas dan taat beribadah kepada Allah SWT tidak kira dari tuntutan solat sehari-hari, akhlak diri & juga dari segi tuntutan ibadah yang lain seperti solat sunat, zakat dan berpuasa.

Muhasabah diri kita masing-masing.. Umur makin lama makin bertambah bukan berkurang jadi beringatlah bahawa sesungguhnya hidup di akhirat selama-lamanya....N