Saturday, November 17, 2007

Kerana seketul sabun.....

Masih aku ingat lagi, masa tu aku masih menuntut di Iskandariah, Egypt. Ingatan terhadap cerita ini kuat lantaran aku terpandangkan sabun di dalam bilik air. Bila teringat aku senyum sendiri.

Kisah ini berlaku masa aku baru je balik dari kuliah, turun saja dari van aku menuju ke 'suk' (pasar) kerana awal-awal lagi sebelum ke kuliah, kak chik pesan belikan sedikit barang rumah untuk dimasak kerana dia mungkin balik lewat disebabkan ada study group. Aku berjalan bersahaja tanpa menghiraukan orang lain memandangkan ketika itu aku hanya bersendirian.

Sedang asyik aku membelek-belek ikan sekilo 3 junaih, terngiang di telingaku suara itu... "Ya amm, sabun seraya bi ginih... Lau samah, bi ginnih bas....ya amm....." ku cari suara itu, tidak jauh kelihatan seorang kanak-kanak cacat (tiada kaki jalan mengesot-ngesot)yang ku kira dalam lingkungan umur 11 tahun menarik jubah seorang pakcik yang lalu di situ...Tanpa hirau dia mengesot-ngesot mengikut rentak ammu tersebut. "Eh dah, leh...." ammu tersebut terus aje mengherdik....

Kemudian ammu tadi berlalu dari situ...Laungan itu terus aje bergema....."Amm, sabun seraya bi ginnih...ya amm...." ammu tadi tidak sedikit pun menoleh...hanya meneruskan kakinya bergerak mencari barang lain..Ketika itu aku hanya memikirkan betapa kasihannya dengan nasib kanak-kanak tadi...

Aku menuju ke arahnya...."Ya madam, sabun saraya....bi ginnih bass...aizzah wala la'...." (puan, sabun wangi, RM 1 saja. nak tak?) Dihulurnya kepadaku sabun tersebut..."La, syukran. Mush aizah.....Kusy, la ba'sa....kusy...." (tak, takpe terima kasih. tak nak. Ambil ni, ambillah ) ku tolak sabunnya dan kugantikan dengan duit kertas dalam 5 junaih....Disambutnya huluran dan dicium-cium duit tersebut..."barakallah fik...." ku angguk kan kepalaku...."Allah yubarik fik....doa dibalas doa....

Tak lama selepas aku beredar, lalu semula amm tadi di hadapan kanak-kanak itu. Kebetulan di tangannya terdapat roti benggala yang baru dibelinya tadi. Tak semena-mena melintas di depannya himar (keldai). Disebabkan terkejut, terlepas roti tadi dan jatuh betul-betul di hadapan kanak-kanak tadi. Diambil roti tadi oleh kanak-kanak tadi dan diserahkan kepada ammu tadi. Mungkin kerana malu, roti itu diberikan saja kepada kanak-kanak tadi dan terus berlalu pergi.....

Mungkin mana tau itu juga salah satu dari balasan Tuhan kepada dia....Aku bersyukur kerana Allah tidak menutup pintu hati untuk melakukan sesuatu yang baik. Mungkin aku antara hambaNya yang dipilih agar menginsafi keadaan tersebut. Walhal ketika itu ramai lagi hamba-hamba Allah yang ada tapi mereka seakan-akan dipekakkan telinga dan dibutakan mata.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home