Korang nampak kan....? Ha, banyak lagi peristiwa2 bersejarah yang ada di Ardhul Kinanah ni...Aku pun tak sempat nak jelajah semua mana yang berkesempatan pegi tu aku pegi...
Lepas tu kami masing2 diberi makan tengah hari yang dimasak oleh tukang masak yang diterbangkan khas dari Kaherah...heheh memang ada tukang masak budak Malizi yang uruskan pasal makanan semasa rombongan ni...Lepas makan siap solat semua kami meneruskan lagi perjalanan di lereng gunung untuk melihat lagi tinggalan sejarah para Nabi...
Mata Air 12
Disebalik bukit yang lain pulak, ni ikut jalan lain lebih kurang kalau perjalanan jalan kaki tu mungkin dalam 20 minit..jalan semuanya dah elok bukan macam zaman dulu cuma berbatu2 je...jalan tu di pinggir sungai (dulu) sekarang ni dah kering. Takde lagi sungai kat sepanjang jalan tu. Sampai di satu tempat kami berhenti sejenak dan mengamati betul2 rupanya di situlah yang dinamakan mata air 12 masa zaman Nabi Musa dahulu. Sekarang ni takde dah air mata air tu keluar dari lubang tu..Cuma nampak kesan jelah ada 12 lubang tempat mata air tu keluar dari celah2 batu. Dari atas sampai la ke bawah seterusnya....Jap tengok ada tak lagi gambarnya...boleh gak korang tengok. Cite je tapi tak tengok visual nya tak best gak kan....
nielah mata air 12 yang sekarang ni kesan tinggalan saja, airnya dah tiada
Di tepi tebing sungai yang dah kering tu lak, ada satu pohon. Bukan nya pokok durian ke, pokok manggis ke, pokok rambutan ke atau pokok langsat, tapi pokok bunga sakura...Ha....bukan ke pokok sakura hanya banyak terdapat di Jepun je...tapi kat Sinai ni pun ada.Putih je daunnya...ada 2 rasanya pokok tu kat situ...Tak dapat gi Jepun pun dapat tengok pokok sakura tu kan...heheheh Sori gambar takde tak ingat letak mana...
I think i better stop at here for a while...dah banyak cite untuk satu post ni kang boring lak...Ada masa aku sambung lai...Tunggu......
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home