Monday, April 30, 2007

Duit melayang.....

Aku rasa sume orang yang suka membaca mesti melayang punya la duit diorang...kalau nama pun pesta buku jadi apa yang boleh dibeli mestilah buku...buku....buku.Aku abis gak la dekat RM 100 lebih 'menyopping' buku-buku kat PWTC. Tula..tapi takpe selagi buku yang dibeli tidak la membazir duit tu daripada beli benda lain.

Kalau tengok gelagat orang ramai kat situ, booth yang paling ramai serbu tak lain tak bukan yang paling banyak terbitkan novel...macam karangkraf alaf 21, Utusan publication, Creative Enterprise dan tak ketinggalan booth2 yang jual komik. Budak2 memang suka...mak bapak pun ikut je cakap anak....takpelah bulan ni je buku punya pasal belilah jugak....

Program pun banyak gak yang dibuat semasa pesta buku ini..semua company amik kesempatan mempromosikan produk masing2...company aku pun ada buat gak, buat pelancaran buku baru, program yang baru lepas pelancaran buku Isa Kamari 'Memeluk Gerhana'. Alhamdulillah ramai gak la yang datang tengok...sambil2 tu ada Nuras perform tu yang orang boleh stay je tu...

Akan datang lak 5 hb Mei, pelancaran pakej Cepat Baca versi baru yang ada DVD, pas tu 6 hb pelancaran buku2 inggeris, 'Nambai', 'Scorpion', '101 Malaysian Anecdotes' dan 'Butterfly Kisses N Spunky Business'. Bolehlah jemput datang meramaikan program......n

"BACALAH BUKU"

Saturday, April 28, 2007


Jantung berdegup laju..........................

Apa sebab? kenapa? Why? Limaza? aku sebenarnya dah tido (malam semalam) dalam kul 11.30 aku dah tido. Pas tu tengah sedap2 dan nyenyak tido, aku terjaga! Dari tido la.......Kus semangat...berdegup jantung aku, pas 2 terkejut bukan main aku sebab aku ingat nampak ponti....,rupa-rupanya muka kak lang (adik aku) yang tido kat sebelah aku, muka putih melepak pakai bedak sejuk....berdegup jantung aku laju, pas 2 mak aku pandang muka aku dah la gelap masa tu dia pandanggg je macam h.... dengan mata yang terbeliak,rupa2nya dia yang kejut aku, berdegup jantung aku laju, dah la masa 2 hujan lebat kilat sabung menyabung berdentum dentam kuat lak tu...mak aku cakap la 'seram la mak, kat luar tu kilat guruh ujan lebat macam nak kiamat',mak aku cakap kat aku...berdegup lagi jantung aku...mak aku sambung lagi 'Kiamat kan biasa hari jumaat'...bersungguh2 mak aku bercerita...berdegup jantung aku laju...................tak semena-mena mulut aku terkumat- kamit membaca ayat suci al-quran, dua kalimah syahadah dan macam2 lagi la..terketar2 mulut aku membaca. Tiba-tiba....aku terjaga..tanganku raup ke wajah astaghfirullah bermimpi, subhanallah panjang aku istighfar. Berdegup jantung bila terkenangkan peristiwa itu, mimpi itu, tapi pengajaran yang aku dapat, ingatlah bahawa kiamat akan datang bila2 masa, jadi ilmu, amal ibadat sempurnakanlah...berdegup jantung setiap kali aku teringatkan nya.

Pelancaran Novel Memeluk Gerhana.........................

Hari ni aku tak bertugas di PWTC jadi aku kena duk opis siapkan keje untuk majlis Pelancaran novel 'Memeluk Gerhana' yang akan dilaunching esok 29 April 07. Faisal Tehrani yang akan launching kan novel tu.


Novel ni hasil karya Isa Kamari, penerima S.E.A Write Award 2006. Esok launching start kul 11 sampai kul 12. Buat kat pentas utama, ruang legar, PWTC.Aku kena siapkan keje-keje untuk media la. Goodie bag untuk press dan tolong sikit2 apa yang patut.


Sekarang ni baru relaks sikit sebab itu sempat lagi layan blog ni. Cite2 yang menarik kena dikongsi tau.........nanti 5 mei dan 6 mei ada launching lagi. Kena siapkan benda yang sama gak la jawabnya.


Moga2 launching ni nanti ramaila pengunjung yang datang. Tak lupa gak yang telah dijemput, marilah beramai2 menggamatkan majlis. Ada perfoming daripada Nuras.....Siap ada cabutan bertuah lagi tau! Bukan hadiah keta mewah tapi bernilai................heheheeh ayat siapa tu, cuba teka?


Ok la gang aku ada cite lagi tapi nanti la . Biar suspen sikit, apala agaknya yang aku nak story tu.



cuba teka kat mana? ha... ni pemandangan waktu malam kat PD.
P/S: buat kengkawan yang jemput datang umah sebab ada gathering, sori tak dapat g. kena keje wo...Pesta Buku Antarabangsa ni selama 10 hari. Ada masa buat gathering lagi janganla serik nak jemput lagi.

Thursday, April 26, 2007



Fareez semakin membesar.....................

Ish geram tul la budak ni...Dah semakin besar dah sekarang ni...dah masuk 7 bulan lebih dah. Sekarang ni pun dah pandai angkat2 punggung nak merangkak. Kalau orang agah dia, dia agah orang balik. Mimik muka macam2 dia boleh buat... Nanti aku tunjuk, tengok la mimik muka dia ntah apa2 ntah.

Lasak bukan main.Tak terlarat kalau nak jaga dia. tapi kalau tak jumpa tu mesti ghindu nak tengok gelagat dia. habis barang2 kat umah dia sepahkan. Nak panjat kusi la nak panjat meja la tapi kena pegang la bukan pandai lagi tu.

Moga Fareez jadi anak yang soleh...........

(tunggu lak nanti bila aku ada anak, abis penuh blog aku cite)

N :}




Gelak ntah tak tau tengok apa....



Lihat la lubang idung ku.....




Mm...mami.........!



Pesta Buku Lagi....Pesta Buku Lagi...

Uih...penat nya rase.Baru balik dari PWTC ni sempat gak singgah opis jap amik barang. Kemas barang susun buku, siapkan apa2 yang patut sebab esokkan dah start pesta Buku. Jom le ramai2 g....Tahun ni alhamdulillah dapat gak booth tepi sekali kat corner road hahahaa...betul2 depan pintu masuk. Maksudnya orang masuk pintu utama je dah boleh nampak booth kitorang.

Buku pun alhamdulillah bertambah banyak jadi penuhlah kat ke 4 4 rak buku dan juga meja yang kitorang tambah tu.. Dahlah warna tu mengancam jiwa kira colourful la. Mesti mata tak lepaih nak nengok.

Aku kena bertugas start esok, pas 2 hari ahad, hari rabu dan last hari sabtu. Tapi 29 hb 5 hb dan 6 hb aku kena dtg gak sebab pelancaran buku. Kena siapkan untuk press yang datang. aku dah siap settlekan hari ini, cuma yang tinggal nak siapkan paper bag la untuk diorang tu je yang confirm budget,,,,hehehhee malas nak kuar banyak2 cukup sekadar je. Kira ok la tu............

K, so pas pesta buku aku sambung story kot2 ada yang menarik masa tu nanti. Kongsi pengalaman la kan....

N ;)

Wednesday, April 25, 2007

Pesta Buku datang lagi.....!

Hai,,,,rasanya macam baru je aku terlibat dengan pesta Buku Antarabangsa 2006 hari tu. Datang pulak Pesta Buku Antarabangsa 2007. Dah nak mula dah....Start 27 April 07 sampaila 6 Mei 2007. Aku bertugas tak penuh schedule la.Setakat 4 atau 5 hari je. Selebihnya diorang la yang banyak.

Promosi pun akan start bermula esok. Moga2 tahun ni lagi ramai pengunjung yang datang membeli.....Bukan apa kadang2 ada masa gak, ada masa orang datang tengok2 je, ada masa diorang shopping sakan, ada masa sekadar budget je.Tapi tahun ni okla sebab waktu start orang dah pun dapat gaji. Aku je belum lagi...hehehe

Mari kita huru harakan booth dengan membeli buku-buku yang mana boleh memartabatkan bangsa kita. Aku pun dah cadang nak ronda2 time tak tugas apalagi servey la kot2 ada buku yang menarik minat. Kita kena rajin baca buku barulah ilmu mengembang sekembang-kembangnya.

Eh, tak sedar dah kul 6.15 pm aku kena balik ni...lapa pun ada hari ni hanya sempat jamah roti sekeping. Minum air jelah banyak. Nak makan apa yek malam ni?ish ish tak elok makan malam nanti gemok....

Pedulik la kalau dah lapar tu ku tepis aja tohmahan2 yang dilemparkan itu.

okla chow dulu. nanti sambung lagi cite lain lak.

Indahnya ciptaan Allah. Pemandangan di waktu senja....

Friday, April 20, 2007

BINTULU....

Tiba-tiba aku teringat balik masa aku g BINTULU dulu. ala masa kursus untuk parent & teachers kat sana tu...aku kan teman kak zai masa tu tapi peluang keemasan tu dapat g sana. Bukan kena kuar budget sendiri.heheheh.

masa kat sana tulah aku first time rasa makan ayam panggang madu ala kalau kat pasar malam tu ada jual gak tapi tak pernah nya beli. Kat sana baru rasa nak makan....suasana kat sana kebetulan tempat aku menginap tu hotelnya tepi laut...isy...tok sah cakap la bestnya tu. Walaupun tak dapat kesempatan mandi manda dapat bergambar kenangan pun jadilah.

Thanks for Kak Dayang Bibi kerana susah payah anjurkan kursus tu dan jemput kitorang g. Lain kali boleh ajak lagi. Aku rasa kalau ada peluang dapat g tempat lain lagi pun best gak kan.....Tengok tempat orang sebab tempat sendiri dah biasa sangat tengok.

EGYPTT.....

Nanti aku nak come back balik kenangan silam....sewaktu aku zi egypt dulu. tu pun pergh....tak dapat ku lupa sampai saat ni. Peluang sekali seumur hidup tu.....Almaklumlah korang takkan tak faham kan tiket je dah abih duit gaji aku sebulan.mana lagi nak + sara hidup + shopping lagi+ lain lain lagi le.
unta da.......

Oh kengkawan yang bersama ku ketika itu...rindu dengan semua pengalaman dan kenangan manis waktu itu. Andai boleh diundur masa akan ku kembalikan nostalgia egypt 2000. Jiwang lak?????

lain kali la aku cite. Gambar-gambar masa kat egypt tu ha...amik masa sktlah. Dalam simpanan nak tunjuk tu byk keje.nak menyecan la nak mengedit la macam2 hal la. Takpe...kesabaran anda amatlah dihargai.

nanti sama-sama aku bagi kongsi view-view yang cantik mantik kat sana....Chow dulu.

Gambar-gambar konsert lagi.....

Kumpulan Sirrfillsirr: Isa Kamari, Mohd Khair (Khayas) dan Tarmizi (T:zi)



Abonation buat rehearsal


Antara keunikkan kumpulan Abonation,,,,tiup macam buluh.Tapi international tu.........


Jalan menuju bahagia........ehehhehe pintu masuk ke Auditorium tu....Bunting promosi kumpulan Sirrfillsirr di depan pintu masuk.


Isa Kamari mendeklamasikan puisi tulisannya sebelum membuat persembahan dalam konsert.

P/S: kalau nak tengok gambar banyak3x lagi gambar konsert ke,,, gambar kemboja ke ha...korang tengok kat sini- www.korbanaqiqah.com.my/v2/gallery

n................


Gambar-gambar Kemboja

Nelayan mencari rezeki menangkap ikan di tonle sap dan sungai Mekong.

rumah rakit yang didiami nelayan menunggu tangkapan ikan dinaikkan di tengah-tengah tonle sap.


Anak-anak Kemboja bergambar di hadapan sekolah pondok mereka.

Anak kecil ini berusaha membantu ibu bapanya mencari rezeki tidak kira dalam usia yang masih muda.



Beginilah banyaknya makanan kalau kenduri besar-besaran dibuat. Satu kampung turun padang....

Ziarah Kemboja.....

Bestnya....dah 2 kali aku dapat g kemboja.Harap-harap tahun ni dapat g lagi..Mungkin ada yang kata g sana tak best bukan ada apa....ha! tapi korang tak g lagi tak taula....Suasana di sana memang kalau tengok tu (di kampung-kampung le) sedih...macam 60 an dulu. Kurang pendidikan, yang mana tak mampu nak menyara kehidupan dan macam-macam lagi.
Tapi tempat yang memang aku nak tengok sangat kat Siem Reap tu apa lagi Angkor Wat le...tak dapat gi lagi situ;...tunggula bila ada rezeki ada la...


Banyak gak tempat yang dapat gi...muzium yang mana mencatatkan sejarah zaman Pol pot dulu. Ngeri semuanya. Lalu kat istana, seni binaannya memang la macam kat Thailand tu. Menghirup udara yang bukan segar tapi bau ikan di tepi tonle sap..Kawasan nelayan yang mana memang diorang tinggal kat persisiran sungai tu....ada yang duk di rumah rakit yang terletak di tengah-tengah sungai. Kadang-kadang sampai berbulan lamanya...

Begitulah kalau nak cari rezeki, apa-apa pun sanggup hadapi. Dugaan dan rintangan yang Allah nak uji. Kita yang hidup senang ni patutnya bersyukur. Rezeki yang Allah berikan melimpah ruah kadang-kadang berlebih-lebih...tapi tak pernah nak bersyukur kan....

Aku kalau dah tulis ni panjang jadinya...so aku stop sini dulu.nanti aku sambung lagi untuk cite-cite lain lak...

chow!
Konsert lagu-lagu puisi baru-baru ni....

Wah...best le konsert hari tu...First time aku tengok diorang perform. Alhamdulillah sambutan pun amat menggalakkan...Tiga kumpulan yang perform Kumpulan Sirrfillsirr, Abonation dan Nuras Group. Semua nya ada genre muzik tersendiri. Aku tak lepaskan peluang mengambil gambar diorang masa perform tapi tak sempat nak rakam. Tapi takpe...opis punya ade...
Sebelum mula konsert, satu pelancaran buku puisi Tanah Suci karya Isa Kamari dilancarkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja, Hj Kamaruddin Yusof. Antara VIP yang hadir adalah Yusof Gajah(ha...kalau sape2 kenal dia ni pelukis terkenal Naive Art) dan ramai lagi...

Tapi aku pun bukan tengok sume sebab aku duk kat luar dewan kena jaga kaunter tiket...Sian kan aku...masuk pun kejap-kejap je. Tapi takpe...lain kali boleh dengar lagi....Untuk tatapan pembaca kat sini aku bubuh gambar-gambar masa konsert tu...Tengok jangan tak tengok...

Byet..........................



tetamu mengambil tempat masing-masing sebelum konsert bermula.




Kumpulan Abonation membuat persembahan....






Kumpulan Sirrfillsirr yang dianggotai oleh Isa Kamari, Mohd Khair (Khayas) dan Tarmizi (T:zi)





Kumpulan Sirrfillsirr menjamu selera selepas selesai membuat persembahan.





Mufti Kemboja Hj Kamaruddin Yusof duduk bersama Yusof Gajah dan Hj Che Mazlan Saad di tempat VIP yang disediakan semasa konsert berlangsung.

Thursday, April 05, 2007

Kawinnnnnnnnn..................

Ha!tapi bukan aku yang kawin.Aku lum lagi...Tunggulah ada rezeki insyallah.... Ni cite tentang perkahwinan abang aku (Mohd Rizal Mohd Hed) dengan pasangannya Emmy Sulfiza Mohd Jaa'afar di Dewan Datuk Keramat....maaflah pada sape2 yang aku tak jemput..bukan tak ingat, tapi lupa...gmbr tak leh nak upload lagi. nanti lah bila ada aku post kan...

Aku pun dah tak ingat bila tarikhnya kalau tak silap bulan 7 tahun lepas..kalau tak silap la kan....lainla kalau tarikh kawin sendiri mesti ingat punya....

buat pun simple2 je...makanan alhamdulillah sedap....rezeki dari Allah kita bersyukur...tengok mcm orang kat luar yang tak cukup makan...Kesian kan?...

Selamat pengantin baru (dah lama dah,dah basi...) buat abang tersayang..Semoga berbahagia ke anak cucu...Anak dah sorang dah pun...nanti aku tunjuk gambar anak dia....

Chow.....................!

Anak Buah Kesayanganku...

Ini le anak buah kesayanganku...bukan apa sebab baru sorang nie je anak buah yang aku ade.. Namanya Mohd Fareez Darwisy Mohd Rizal...Cute tak? Kalau nak tau org kalau jumpa dia mesti ingat pompuan sebab bulu mata panjang...comel tau...tak caya tengok la....

Sekarang ni umur dia dah masuk 6 bulan...lasak
bukan main kalau org yang jaga dia gerenti kurus la....hehehe kalau tak jumpa sehari rindu tau.....

Kalau org lain mesti masukkan gmbr anak dlm blog (kalau dah kawin le..) sebabkan aku single mingle lagi so aku letaklah gambar anak buah...

Sekarang ini kalau beli apa2 mesti ada beli sekali untuk Aesh...(panggilan manja dia) sama cam nama anak Aid (noraida Ibrahim). So abis cite pasal anak buah kesayanganku...nanti aku sambung lagi cite lain lak....bye.