Friday, April 20, 2007

Konsert lagu-lagu puisi baru-baru ni....

Wah...best le konsert hari tu...First time aku tengok diorang perform. Alhamdulillah sambutan pun amat menggalakkan...Tiga kumpulan yang perform Kumpulan Sirrfillsirr, Abonation dan Nuras Group. Semua nya ada genre muzik tersendiri. Aku tak lepaskan peluang mengambil gambar diorang masa perform tapi tak sempat nak rakam. Tapi takpe...opis punya ade...
Sebelum mula konsert, satu pelancaran buku puisi Tanah Suci karya Isa Kamari dilancarkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja, Hj Kamaruddin Yusof. Antara VIP yang hadir adalah Yusof Gajah(ha...kalau sape2 kenal dia ni pelukis terkenal Naive Art) dan ramai lagi...

Tapi aku pun bukan tengok sume sebab aku duk kat luar dewan kena jaga kaunter tiket...Sian kan aku...masuk pun kejap-kejap je. Tapi takpe...lain kali boleh dengar lagi....Untuk tatapan pembaca kat sini aku bubuh gambar-gambar masa konsert tu...Tengok jangan tak tengok...

Byet..........................



tetamu mengambil tempat masing-masing sebelum konsert bermula.




Kumpulan Abonation membuat persembahan....






Kumpulan Sirrfillsirr yang dianggotai oleh Isa Kamari, Mohd Khair (Khayas) dan Tarmizi (T:zi)





Kumpulan Sirrfillsirr menjamu selera selepas selesai membuat persembahan.





Mufti Kemboja Hj Kamaruddin Yusof duduk bersama Yusof Gajah dan Hj Che Mazlan Saad di tempat VIP yang disediakan semasa konsert berlangsung.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home