Jantung berdegup laju..........................
Apa sebab? kenapa? Why? Limaza? aku sebenarnya dah tido (malam semalam) dalam kul 11.30 aku dah tido. Pas tu tengah sedap2 dan nyenyak tido, aku terjaga! Dari tido la.......Kus semangat...berdegup jantung aku, pas 2 terkejut bukan main aku sebab aku ingat nampak ponti....,rupa-rupanya muka kak lang (adik aku) yang tido kat sebelah aku, muka putih melepak pakai bedak sejuk....berdegup jantung aku laju, pas 2 mak aku pandang muka aku dah la gelap masa tu dia pandanggg je macam h.... dengan mata yang terbeliak,rupa2nya dia yang kejut aku, berdegup jantung aku laju, dah la masa 2 hujan lebat kilat sabung menyabung berdentum dentam kuat lak tu...mak aku cakap la 'seram la mak, kat luar tu kilat guruh ujan lebat macam nak kiamat',mak aku cakap kat aku...berdegup lagi jantung aku...mak aku sambung lagi 'Kiamat kan biasa hari jumaat'...bersungguh2 mak aku bercerita...berdegup jantung aku laju...................tak semena-mena mulut aku terkumat- kamit membaca ayat suci al-quran, dua kalimah syahadah dan macam2 lagi la..terketar2 mulut aku membaca. Tiba-tiba....aku terjaga..tanganku raup ke wajah astaghfirullah bermimpi, subhanallah panjang aku istighfar. Berdegup jantung bila terkenangkan peristiwa itu, mimpi itu, tapi pengajaran yang aku dapat, ingatlah bahawa kiamat akan datang bila2 masa, jadi ilmu, amal ibadat sempurnakanlah...berdegup jantung setiap kali aku teringatkan nya.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home