Friday, June 08, 2007

Gunung Sinai.....................

Stamina & kecergasan diri perlu kalau nak naik gunung Sinai ni jangan main2 tinggi tau......banyak pelancong yang naik pun dari cina sebab diorang suka tengok matahari terbit dari atas tu.....

Kitorang berkumpul sebelum naik....sebab nak sampai kat atas sebelum matahari terbit jadi kami mendaki bermula jam 3.00 pagi. Siap pakai baju sejuk berlapis2 sebab kat atas nanti sejuk.....bawak bekal air mineral sama...hilangkan dahaga.aku segroup ngan member2 sama kelas....tak kisah la janji dapat naik...mula2 naik tu susah gak sebab gelap jadi masing2 bawak torchlight...naik kena hati2 sebab bukit berbatu takut tergelincir jatuh lak susah kang...satu cabaran yang memang la tak tau nak kata....perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam kalau laju la naik tu....pas tu turun balik 1 jam....tu paling cepat.

perjalanan mula2 tu ok sikit la jalannya macam huruf 'z' tu mula2 rendah pastu tinggi....tapikan yang aku kagum tu setiap penghujung jalan sebelum naik lagi tinggi ada kedai jual minuman, makanan, souvenir.....lagi atas dan tinggi kedai tu lagi mahal barang yang dijual....jangan main2 bukan orang je yang naik bukit ni, malah unta pun boleh tau...mana yang tak larat nak jalan, yang tua2 la aku tengok ramai amik upah unta tolong bawak naik ataas....tapi kalau naik unta aku rasa lagi gayat.....

aku sempat la sambar souvenir bentuk telur daripada batu .....cantik buat hiasan....tak banyak aku beli seketul je...tu pun mahal..lepas dah naik tinggi tu....nak sampai separuh daripada bukit tu...jalan dia kena daki macam anak tangga lak...tapi curam menegak cam tu....kalau naik tu tak yah tengok bawah la....mau lepas tu susah nak naik dah.

bila lagi atas naik lagi sejuk...ada kala sejuk yang sampai bleh kuar asap dari mulut tu....hhehehe tapi musim sejuk kat sini memang macam tu je...bukan ada salji pun..lama kemudian aku pun sampai la ke atas.....masa tu dah ramai yang tunggu matahari terbit......kat atas takdelah besar mana kawasannya....rupa2nya kat atas ni selain daripada tempat munajat nabi Musa & sebuah masjid kecil....orang2 kristian ada pulak dirikan gereja kecil tak jauh dari situ.....

Kitorang duduk di tepi2 batu tengok matahari terbit...cantik! siap amik2 gambar masa tu....bila matahari dah naik barulah nampak sekitar kawasan....hanya bukit2 batu je sejauh sayup mata memandang.................tak nampak padang pasir ke pokok ke...yang hanya ada bukit.........je.sambil2 tu makan bekalan yang dibawa tadi.....pas tu solat subuh ramai2.....

lebih kurang 15 minit kat atas tu...kitorang pun turun la balik........jalan turun balik lain sikit....masa tu ada lalu satu kawasan macam kubu ada 2 je pohon....yang ada kisah mengatakan pohon tulah yang bila angin tiup tak bergoyang. Semasa nabi Musa lalu di situ masa lari dari Firaun pohon tulah yang menyembunyikan nabi....wallahum 'alam....

Sambung balik.........

Lepas bermalam di Nuwaiba' kami pun meneruskan perjalanan ke Sinai. Jauh juga perjalanan yang dituju tu...di sekitar kiri dan kanan jalan aku cuma nampak bukit berbatu merah, padang pasir dan juga pokok tamar. Unta pun banyak...mungkin sepanjang perjalanan tu memang kitorang lalu kawasan kampung je...

Siap masa dalam perjalanan tu kitorang main kira-kira berapa banyak unta yang dijumpa sepanjang perjalanan...gila tu nak kira banyak....Sempat kitorang berenti makan bekalan yang dibawa....sebab sepanjang perjalanan memang ada tukang masak (budak malizi la) yang tolong sediakan makanan. masak untuk ramai2 sekali...makan rehat solat pas tu baru teruskan perjalanan semula.

waktu tu musim panas lak...jadi panasla....tak lama lepas tu kitorang masuk ke satu kawasan padang pasir....di kiri kanan tu banyak macam tinggalan perang...pas tu ada polis tahan bas kitorang lepas ammu bas tu cite serba sedikit, last2 polis tu escort kitorang dari seberang sini ke seberang sana sebelum masuk ke sempadan sinai....rupa2 nya kitorang melalui terusan suez...terowong di bawah terusan suez yang mana terusan suez dulu adalah tempat kapal2 besar lalu sebelum tembus ke lautan... Dulu kat sini lah perang yang berlaku....patutlah banyak kesan2 tinggalan...kubu bawah tanah masih ada lagi, pas tu kereta2 kebal....askar memang banyak la kat situ....memang luas terusan suez tu tapi sekrang ni dah takde pun kapal yang lalu....cuma kalau ada pun kapal2 kecik jela .....

lepas tu polis yang escort tadi pun berenti di pintu pagar masuk ke kawasan yang aku rasa sempadan sinai...polis tu pun mengucapkan selamat jalan kepada kami....teruskan perjalanan semula....tempat yang mula2 kitorang sampai lepas tu kawasan yang berbukit tinggi.....nun sayup ke langit....bas berenti kami pun dibawa ke tempat seperti kubu...yang mana sebenarnya tulah yang diorang kata maqam Nabi Soleh....ada 2 ke 3 maqam kat situ....sume kitorang g sambil menyedekahkan surah al fatihah..................................besar & panjang sume maqam2 yang kitorang tengok tu...

lebih kurang 1/2 jam kat situ, kitorang pun sambung balik perjalanan......sampai di bawah kaki bukit sinai pun nak malam.....menginap & rehat la kitorang....

Thursday, June 07, 2007

Maqam Nabi Soleh....

Lepas bertolak dari Nuwaiba' tu...lebih kurang lama gak la perjalanan tu...tak ingat berapa kali tido dalam bas...jauh juga Sinai ni sebenarnya ....jalannya pulak di sekeliling hanya bukit-bukit batu merah je....

alamak nak balik la....nanti le sambung.

n
Gigit....

Last week aku bawak Fareez g Tesco. Sj shopping beli barang2 umah. Masa tu aku amik cuti sebab kena jaga dia. Abg ngan akak mintak tlg sebab mak tuk Fareez demam tak leh nak jaga. Mak lagi la tak nak...tak larat katanya..last2 aku minta cuti tlg jaga.

Punyalah seronok dia dapat jenjalan. Aku letak dia dalam bakul bagi dia duduk biar dia dapat tengok sekeliling sikit. Suka betul dia! suka2 punya pasal sampai dia gigit tangan aku...geram agaknya! mentang2 dah ada gigi....baru 4 batang.


aku buat2 nangis, dia pandang je muka aku....pas tu aku gelak...dia pun ikut sama buat2 gelak.lawak tu....pandai dia ajuk aku.

sekarang Fareez nak masuk 8 bulan lebih...merangkak dah laju kalau kat umah tu...abis ke bawah2 kusi dia nak merayap. bangun pas tu berdiri sendiri pun dah biasa buat cuma jalan je lum..dah jalan nanti tak taulah.....

yokeessszzz...

Tuesday, June 05, 2007

Sempadan..................

Biasa memang setiap tahun kalau ada je pertambahan pelajar, pelajar-pelajar baru, persatuan pelajar akan membuat rombongan ke Sinai....(tempat nabi musa). memang antara tempat yang famous pelancong pun suka g. Jadi aku pun amik kesempatan masa cuti ni ikut rombongan tu.
Lebih kurang 4 ke 5 hari gak la .....banyak tmpt yang kami kunjungi. perjalanan pulak nak kata jauhnya tu ....memakan masa 1 hari...tapi memang best la, banyak kenangan manis suka duka yang kitorang dapat masa perjalanan ke Sinai ni.
Lebih kurang 3 ke 4 bas yang g. Tempat yang mula2 sekali masa dalam perjalanan tu sempat singgah di tepi sempadan antara mesir, jordan & palestin (yang mana sekarang ni dikuasai oleh Israel). Nampak ngan jelas dari situ masa tu askar Israel sedang mengawal pondok di sempadan. Cadangan nya masa tu plan nak naik bot menyeberangi sempadan nak ke Qal'ah(kubu) Salahuddin al Ayubi pahlawan tersohor zaman dulu. tapi tak kesampaian sebab masa sampai kat tepi sempadan tu pun dah malam. Bot tak jalan malam2 jadi tak dapatlah g. Tengok dari jauh jelah kubu tu.
Gambar ada tapi tak jumpa lagi cari, kalau tak boleh kongsi tengok kubu tu yang mana terletak betul2 di tengah2 laut sempadan mesir, Israel dan jordan tu.
Malam itu kitorang bermalam di Chalet di tepi pantai Nuwaiba'. Malam masa tu tak nampak apa lagi yang tau tepi pantai. Esok paginya member ajak bangun awal joging(bukan joging tapi just jalan2 je) tepi pantai, tapi siap bawak bola nak main. Masa sampai kat tepi pantai tu hari gelap lagi, tup...tup tengok matahari terbit...subhanallah cantik tul...indah sungguh ciptaan Allah.

Lepas sarapan siap2 bertolak menyambung perjalanan ke destinasi yang dituju.....