Friday, November 30, 2007

Sa'ah kam?...

Budak-budak kadang-kadang kita tak jangka apa yang diorang boleh terpikir nak buat. Ada satu masa tu, baru mula-mula jejakkan kaki di tempat orang tulah...aku kena teman member beli barang kelengkapan dapur..

Bukan apa nak cuba-cuba belajar la nanti senang. Esok2 aku jugak yang kena beli barang sendiri, aku follow la member tu. Gi dari satu kedai ke satu kedai...aku ngikut jela...

Tup....tup..."lau samah, sa'ah kam?" datang 2 orang budak pompuan dalam lingkungan 7 ke 8 tahun saja nak ngusik aku....(dalam hati) diorang ingat aku ni lem...agaknya. Aku pun jawab balik "Aizah kam...?" Berpandangan antara 1 sama lain pas tu diorang terus blah sampai tersipu-sipu malu...

Ha, tau pun. Ingat nak buli la tu....last-last aku gak yang balas balik...hehehe puas hati...

Saturday, November 17, 2007

Kerana seketul sabun.....

Masih aku ingat lagi, masa tu aku masih menuntut di Iskandariah, Egypt. Ingatan terhadap cerita ini kuat lantaran aku terpandangkan sabun di dalam bilik air. Bila teringat aku senyum sendiri.

Kisah ini berlaku masa aku baru je balik dari kuliah, turun saja dari van aku menuju ke 'suk' (pasar) kerana awal-awal lagi sebelum ke kuliah, kak chik pesan belikan sedikit barang rumah untuk dimasak kerana dia mungkin balik lewat disebabkan ada study group. Aku berjalan bersahaja tanpa menghiraukan orang lain memandangkan ketika itu aku hanya bersendirian.

Sedang asyik aku membelek-belek ikan sekilo 3 junaih, terngiang di telingaku suara itu... "Ya amm, sabun seraya bi ginih... Lau samah, bi ginnih bas....ya amm....." ku cari suara itu, tidak jauh kelihatan seorang kanak-kanak cacat (tiada kaki jalan mengesot-ngesot)yang ku kira dalam lingkungan umur 11 tahun menarik jubah seorang pakcik yang lalu di situ...Tanpa hirau dia mengesot-ngesot mengikut rentak ammu tersebut. "Eh dah, leh...." ammu tersebut terus aje mengherdik....

Kemudian ammu tadi berlalu dari situ...Laungan itu terus aje bergema....."Amm, sabun seraya bi ginnih...ya amm...." ammu tadi tidak sedikit pun menoleh...hanya meneruskan kakinya bergerak mencari barang lain..Ketika itu aku hanya memikirkan betapa kasihannya dengan nasib kanak-kanak tadi...

Aku menuju ke arahnya...."Ya madam, sabun saraya....bi ginnih bass...aizzah wala la'...." (puan, sabun wangi, RM 1 saja. nak tak?) Dihulurnya kepadaku sabun tersebut..."La, syukran. Mush aizah.....Kusy, la ba'sa....kusy...." (tak, takpe terima kasih. tak nak. Ambil ni, ambillah ) ku tolak sabunnya dan kugantikan dengan duit kertas dalam 5 junaih....Disambutnya huluran dan dicium-cium duit tersebut..."barakallah fik...." ku angguk kan kepalaku...."Allah yubarik fik....doa dibalas doa....

Tak lama selepas aku beredar, lalu semula amm tadi di hadapan kanak-kanak itu. Kebetulan di tangannya terdapat roti benggala yang baru dibelinya tadi. Tak semena-mena melintas di depannya himar (keldai). Disebabkan terkejut, terlepas roti tadi dan jatuh betul-betul di hadapan kanak-kanak tadi. Diambil roti tadi oleh kanak-kanak tadi dan diserahkan kepada ammu tadi. Mungkin kerana malu, roti itu diberikan saja kepada kanak-kanak tadi dan terus berlalu pergi.....

Mungkin mana tau itu juga salah satu dari balasan Tuhan kepada dia....Aku bersyukur kerana Allah tidak menutup pintu hati untuk melakukan sesuatu yang baik. Mungkin aku antara hambaNya yang dipilih agar menginsafi keadaan tersebut. Walhal ketika itu ramai lagi hamba-hamba Allah yang ada tapi mereka seakan-akan dipekakkan telinga dan dibutakan mata.

Thursday, November 15, 2007


Travel to Malacca.....


Hari tu kitorang bercuti gi melaka. Sume la gi 2 buah keta konvoi...tapi tak banyak gambar dapat sebab kamera rosak lak...Actually saja g bercuti lama tak rehat2 sesame family. Jadi mula2 tu gi johor rumah sepupu sebab diorang ada buat kenduri doa selamat n barbeque sekali...Kitorang join le...tido kat hotel 3 star ala janji boleh buat tempat tidur...sewa pun murah.



Esok harinya barulah g Malacca. Awal2 dah booked resort kat klebang jadi relax sikit. Booked 1 bilik untuk aku n family & 1 bilik lagi for my bro's family...bestnya sebab tak ramai time kitorang g tu...jadi kitorang la yang concered swimming pool...

Sekali sekala dapat bercuti sekeluarga ni memang best....relaks dari kesibukan keje....Malam tu jenjalan kat bandar melaka....makan2. balik tido....Esok bertolak balik....

Thursday, November 08, 2007

KERETAKU......

Kat sini aku attachkan sume gamba-gamba keta aku selepas eksiden hari pertama hari tu...Nasib baik orangnya takde pape...

pandangan cc...
pandangan depan...


rotate ke kiri keta...

lampu belakang yang pecah sikit....


ni nampak yang paling teruk la....

Wednesday, November 07, 2007

INSIDEN RAYE

Ni kisah masa raya. Tahun ni raya aku takde la semeriah mana. Tak banyak tempat la aku raya tahun ni....Insiden raya.....

Raya pertama:
Pagi aku bangun awal jugaklah sebab kena buat masak lodeh..yang lain-lain dah siap masak malamnya. Raya tahun ni menu sama gak la nasi impit, kuih kacang, rendang daging & juga masak lodeh. Siap solat raya kat masjid wangsa maju je...

Pas tu dalam kul 11.00 baru balik kampung sebab dah janji ngan diorang(sepupu sepapat) nak raya sekali. Aku balik ngan mak, k lang n epul. Abg ijal balik lambat sikit sebab dia raye umah mak mertua, nenek dia dulu.

Kitorang raya dari umah ke umah. Ada la dalam 5 buah rumah. Jumpa sanak saudara yang kadang-kadang waktu raya macam ni je jumpa.

Petang planning nak gi pj lak raya rumah makcik. aku n kak emy plan tukar keta. Aku bawak keta dia, so aku bawak mak, epul, k lang n fareez naik ngan aku. K emy n abg ijal bawak keta aku bawak sekali anak sepupu 3 orang. On the way dari ulu yam dah sampai exit sungai tua, berlakulah eksiden.

Masa tu aku di belakang bawak slow je sebab ujan..dari jauh aku nampak cam kenal je keta tu...sebuah kereta kancil terbabas masuk longkang...orang dah ramai masa tu yang tolong...aku masa tu dah cam tu keta aku....dup dap jantung berdebar,,,, aku slow je masa tu aku nampak abg ijal lambai...Aku stop kat tepi...aku, mak n epul kuar g tengok...nasib baik abg ijal, k emy n 3 orang anak sepupu aku takde apa-apa. Keta je la yang teruk....

Lepas dah diuruskan bawak ke workshop, kitorang batalkan hajat nak raya ke pj jadi patah balik ke kampung. Syukur alhamdulillah semua selamat. aku tak kisah la pasal keta janji diorang ok....


Raya Kedua:

Aku stay kat umah je (patah kakila sebab takde keta) saudara mare je yang datang...Petang aku g buat report kat balai selayang...


Raya Ketiga:

Same raye duk umah aku tengok tv je....


Raya Keempat:
Same......


Habis......................

Monday, November 05, 2007

AYAT SUCI AL-QURAN

Hiasilah diri & hati sehari-hari dengan bacaan al-Quran. Ayat-ayat itulah yang menerangkan hati kita dari segala noda-noda hitam. Amalkan bacaan surah-surah tertentu setiap hari yang man akhirnya menjadi bekalan kita di akhirat kelak.

Al-Quran yang penuh dengan kandungan pesanan, peringatan, janji, cerita dan macam-macam petunjuk yang boleh dibuat teladan dan sempadan. Jelaslah bahawa rahsia-rahsia al-Quran tidak habis dan keajaibannya tidak terhitung....N